Nama : Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub
Tempat & Tarikh Lahir : Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik.
Merupakan pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berjaya merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.
RIWAYAT HIDUP
- dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.
- Beliau adalah anak gabenor. Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
- Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik.
- Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
- Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
- Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
- Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Perang Hittin-Perang Salib Kedua
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Perang Salib ialah beberapa siri peperangan di antara kaum Muslimin dan Kristian.pada kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Tujuan asal tentera salib adalah menawan Baitul Maqdis di Jurusalem dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam.
Peperangan ini didominasikan oleh pihak salib hinggalah Salahuddin al-Ayubi, seorang berbangsa Kudish dapat menyatukan Mesir dan Syria dibawah satu panji.
Kereta yang digunakan di waktu perang Salib oleh Salahuddin al-Ayubi di Masjid Umawi Damsyiq Syria.
Rentetan Peristiwa Perang Hittin
- Pada peringkat awal, Salahudin telah memeterai perjanjian damai dengan Raja Baldwin IV, Perjanjian antara kedua raja ini retak akibat hasutan Reynald the Chatillon, salah seorang pembesar kaum Frank yang sangat membenci Islam.
- Reynald mengundang kemarahan umat Islam, apabila dengan terang-terangan menyatakan keinginan menghancurkan kota-kota suci umat Islam, Mekkah dan Madinah serta tindakannya menyerang kafilah-kafilah Islam sewaktu perjanjian damai.
- Salahudin mengirim pasukan Islam untuk menyerang kaum Frank di Kerak, tempat Reynald tinggal. Balwin juga mengirim pasukannya ke Kerak setelah mendengar Salahudin hendak menyerang salah satu wilayahnya. Peperangan ini berhenti dengan perjanjian damai dan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan kaum Frank.
- Setahun kemudian, Baldwin IV meninggal dunia dan digantikan oleh Guy the Lusigna. Dengan Guy, yang merupakan teman rapat Reynald the Chatillon, maka perjanjian antara Islam dengan kaum Frank telah berakhir.
- Salahudin, menngumpulkan pasukan umat Islam. Dia menyampaikan khutbahnya di masjid Umawai di Syria dengan melancarkan perang jihad. Maka berlakulah Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah.
Menara tempat di mana Salahuddin memberikan khutbah dan melancarkan perang Jihad
- Maka pada bulan Rabiulakhir tahun 583 Hijrah bersamaan bulan Julai tahun 1187 Masihi, tentera Islam telah melancarkan peperangan jihad di persisiran pantai berhampiran dengan Tasik Tiberias di Palestine.
- Peperangan ini berlaku di perkampungan Hittin, di sebelah barat Tasik Tiberias dan di sebelah timur bandar Akko dan Haifa. Baitulmaqdis dapat dibebaskan semuanya 1099.
- Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem.
- Ketika memenangi peperangan Hittin, Salahuddin telah membina sebuah masjid dinamakan sebagai Masjid Nabi Musa di Palestin. Ia sebagai mengingatkan Nabi Musa a.s yang berusaha membawa kaumnya kembali beriman dan kembali ke Juruselam. Masjid itu masih digunakan hingga sekarang.
Menara masjid Nabi Musa. Masjid yang didirikan sempena kemenangan di dalam peperangan Hittin
pemandangan masjid dari jauh
Kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Salahuddin Al-Ayubi Melayan Baik Orang Kristian
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
FAKTA MENARIK
Lebih Banyak Berada di Khemah Perang
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Bagaikan Seorang Ibu Garang Kehilangan Anak Tunggal di Medan Perang
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Islam hadir ke Palestin pada zaman sahabat lagi iaitu kurun pertama hijrah bersamaan dengan kurun ke 7 masihi. Walau bagaimana pun, orang Islam membenarkan dan tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci mereka. Orang Islam juga tidak menganggu keselamatan rumah ibadah mereka.
Walaubagaimana pun, tentera salib mulai ingin mengusai tempat suci ini. Maka bermulalah siri peperangan antara tentera salib dan pejuang-pejuang pencinta syahid dari pihak Muslimin
Tamat Riwayat
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah bersamaan dengagn 4 Mac 1193 (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Beliau dimakamkan di sebelah masjid Umawi di Damsyiq Syria.
Masjid Umawi di Damsyiq Syria
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.
Semoga akan lahir lebih banyak lagi muslim-muslim bersemangat Salahuddin.