Monday, October 27, 2008

Cinta yang suci

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang
dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti
Mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga
bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun
Dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di
sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup
pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka Lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang
sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi...
Lihatlah.....Betapa cintanya Rasulullah kepada kita sehinggakan
Baginda meminta agar azab sakaratul maut itu ditimpakan sahaja ke atas
Baginda...bukan umat-umatnya. SUBHANALLAH!!.

Sunday, October 19, 2008

Perihal Neraka

Sifat Api Neraka

Dari sebuah hadis yang diceritakan, Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengmabil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petal lanngit dan bumi kerana kepanasannya?" Kalau begitu, berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.



Jawab Malik, "Kalau separuh darinya, nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu lalu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di Syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Nabi Adam a.s. dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yan digunakan hingga sekarang.



Perihal Neraka

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada malaikat Jibril tentang api Neraka. lalu Jibril pun menceritakan, "Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan. "Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan.



Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka iyu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi. Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril," Lalu Rasulullah menangis, Jibrilpun turut menangis. Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"



Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sunnguhpun kesusukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk." Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.

Sunday, October 12, 2008

Tahukah Anda

Bilangan Malaikat

Malaikat terlebih dahulu diciptakan daripada manusia pertama, Nabi Adam a.s. Bilangan Malaikat tidak terkira banyaknya. Nisbahnya dengan jin dan manusia ialah malaikat: 90, jin: 9, dan manusia: 1. Ini bermakna, setiap sepuluh orang manusia, terdapat 900 ciptaan mahluk malaikat.



Malaikat Mendengar Khutbah

Pada setiap hari Jumaat, para malaikat akan mencatat kehadiran orang Islam yang datang untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mereka berdiri di setiap pintu masjid dan menuliskan nama orang yang mula-mula datang. Kemudian dicatatkan pahalanya. Kemudian dicatatkan lagi, siapa orang seterusnya. Apabila khatib telah duduk di mimbar, buku kehadiran pun ditutup. Para malaikat tadi akan masuk untuk sama-sama mendengar khutbah Jumaat.



Seksa Kubur

Suatu ketika, dua orang wanita Yahudi datang bertenu Sayidatina Aisyah. Mereka berceritakan tentang ahli kubur yang diseksa di dalam kubur masing-masing. Tetapi Siti Aisyah tidak mahu mempercayai cerita yang dibawa oleh dua wanita Yahudi itu. Apabila Rasulullah datang, Siti Aisyah pun menceritakna tentang kedatangan dua orang tetamu Yahudi itu. Beliau turut memberitahu apa yang telah disampaikan oleh wanita0wanita dalam cerita mereka. "Benar, memang ahli kubur itu diseksa, sehingga seksaan meeka itu terdengar oleh binatang ternakan," jawab Rasulullah s.a.w.



Pakaian Penghuni Syurga

Kain sutera adalah sejenis kain yang sangat lembut dan mahal harganya. Hanya orang perempuan yang dibenarkan oleh Islam memakai pakaian daripada kain sutera, manakala orang lelaki dilarang memakainya. Tetapi di syurga nanti, sesiapa pun akan diberi pakaian daripada kain sutera yang cantik-cantik. Menurut keterangan al-Quran, penghuni-penghuni syurga akan memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal atau sutera kembang. Tentulah begitu selesa dipakai dan jauh lebih indah daripada sebarang pakaian yang ada di dunia.



Tujuh Lapisan Neraka

Neraka mempunyai tujuh lapisan. Setiap lapisan mempunyai satu pintu. Lapisan yang paling bawah adalah lapisan neraka yang paling berat dan dahsyat seksaannya. Tujuh lapisan neraka tersebut ialah Neraka Jahannam, Neraka Saqar, Neraka Lazha, Neraka Huthamah, Neraka Sa'ir, Neraka Jahim, dan Neraka Hawiyah. Semua lapisan itu diisi dengan pelbagai bentuk penyeksaan yang berat. Melihat wajah Malaikat Malik yang menggerunkan pun sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja berasa sangat takut, apatah lagi untuk diseksa di dalam mana-mana lapisan neraka.



Taman Syurga

Syurga dihias dengan taman-taman yang indah dan mengasyikkan. Di taman-taman itu terdapat sungai-sungai dan pohon buah-buahan. Di taman syurga juga terdapat mata air yang memancar deras airnya dan teduhan yang terbentang memanjang. Pemandangannya sungguh menyenangkan hati dan menggambarkan sebuah kerajaan yang besar. Udaranya pula sangat nyaman. Tidak panas dan tidak sejuk. Setiap orang yang berada di taman syurga boleh menikmati sungai yang airnya mengalir tenang. Mereka boleh memetik buah-buahan yang pohonnya rendang-rendang dan sentiasa berbuah tanpa mengikut musim.

Tuesday, October 07, 2008

Ainul Mardhiah

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi
suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini
merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa
mudanya dihabiskan..


Kisah......:
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang
di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia
shahid,maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang
yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah
tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah,dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik
dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia.. lalu lelaki itu
menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan
'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di
suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan
dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk...
saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati
ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama
tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu
diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu
menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul
mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya
wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......

Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid
barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi
didalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.

Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak
berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu
makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid
tadi dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat
nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia
sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...