Sifat Api Neraka
Dari sebuah hadis yang diceritakan, Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengmabil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petal lanngit dan bumi kerana kepanasannya?" Kalau begitu, berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.
Jawab Malik, "Kalau separuh darinya, nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu lalu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di Syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Nabi Adam a.s. dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yan digunakan hingga sekarang.
Perihal Neraka
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada malaikat Jibril tentang api Neraka. lalu Jibril pun menceritakan, "Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan. "Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan.
Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka iyu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi. Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril," Lalu Rasulullah menangis, Jibrilpun turut menangis. Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"
Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sunnguhpun kesusukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk." Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.
No comments:
Post a Comment