Friday, December 05, 2008

Michael Jackson dan Islam

Assalamualaikum w.b.t,

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengislaman penyanyi pop terkenal, Michael Jackson dan telah menukar namanya sebagai Mikaeel'. Berikut merupakan artikel yang dipetik dari The Sun;

The singer, who was raised as a Jehovah's Witness, converted to Islam in a ceremony at a friend's house in Los Angeles.

He is said to have sat on the floor and worn a small hat while an imam officiated.

According to The Sun, the ceremony took place while Jackson, 50, was recording an album at the home of Steve Porcaro, a keyboard player who composed music on his Thriller album.

The former Jackson 5 star was counselled by David Wharnsby, a Canadian songwriter, and Phillip Bubal, a producer, who have both converted.

A source said Jackson had appeared a "bit down" and added: "They began talking to him about their beliefs, and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea.

"An imam was summoned from the mosque and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief."

Last year his brother, Jermaine Friday, suggested Jackson would convert having taken an interest in Islam since Friday's conversion in 1989.

"When I came back from Mecca I got him a lot of books and he asked me lots of things about my religion and I told him that it's peaceful and beautiful," said Friday.

"He read everything and he was proud of me that I found something that would give me inner strength and peace.

"I think it is most probable that Michael will convert to Islam.

"He could do so much, just like I am trying to do. Michael and I and the word of God, we could do so much."


Apa yang dapat kita perkatakan setelah mengetahui hal ini? Pelbagai tanggapan telah wujud mengenai motif pengislamannya. Ada yang mengatakan artis-artis seperti ini adalah provokasi yang cuba diwujudkan oleh mereka atas sebab-sebab tertentu. Mungkin untuk menaikkan publisitinya setelah sudah lama menyepikan diri atas kesalahan yang dilakukan. Mengapa kita boleh berfikir demikian? Ya, kita mempunyai hak untuk berfikir sedemikian. Memang tiada siapa yang boleh menidakkan tanggapan kita. Kita boleh menuduh bermacam-macam terhadap mereka. Sejauh mana kesahihan berita ini, masih belum dapat dipastikan lagi. Wallahualam.


Tapi berfikirlah wahai saudara seislamku,

Samaada benar atau tidak, kita harus mengharapkan agar berita tersebut bukan sekadar cerita pelaris. Ramai saudara-saudara kita yang memandang remeh pengislaman mereka tidak kurang juga yang memperlekehkan saudara baru sepertinya. Cuba kita berfikir sebagai seorang saudara yang mengharapkan ketulusan hati mereka kepada agama suci kita ini. Orang memilih Islam kerana sebab yang pelbagai. Sebab-sebab itu adalah pencetus dan ia bukan urusan kita. Ia urusan Allah. Masakan kita ada kuasa untuk menilai isi hati manusia. Tugas kita adalah untuk berdoa agar hati Mikaeel akan tetap bersama agama Allah s.w.t ini dan seandainya berita ini masih belum dapat disahihkan lagi, berdoalah agar terbitnya hidayah dari sanubari Mikaeel yang akan membawanya ke pangkuan agama yang suci ini, agama yang dipeluk oleh abangnya dan juga Yusuf Islam, Agama Islam. Semoga kalimah syahadah yang dilafazkan akan terus lahir dari hatimu sehingga ke akhirnya.

Sebagai hamba yang punya tanggungjawab dan peranan, biarlah segala kesusahan dan bebanan hutang serta saman yang ditanggung oleh Michael Jackson itu menjadi urusan peribadinya. Isi hatinya tentang hasrat dan niat memeluk Islam, adalah urusan Allah. Kita sebagai saudara seagama, harus mengalu-alukan setiap insan yang sampai ke daerah Iman, mustahil tanpa petunjuk al-Rahman.

Selamat kembali ke daerah fitrah, Mikaeel.


2 comments:

Anonymous said...

salam...
Alhamdulillah seorang lagi telah menerima hidayah dari Allah SWT. Kita juga harus berfikir apakah sebabnya orang seperti Mikaeel ini mencari dan mahu kearah Islam? Kerana Islam ini indah dalam setiap perkara yang diperintahkan. Tetapi, apakah insan yang lahirnya dalam Islam menjalankan tangungjawab sebagai seorang yang beragama Islam?
Adakah orang 'tertentu' sahaja yang perlu memberikan dakwah kepada orang lain? Adakah orang yang berilmu sahaja yang boleh berdakwah? Semua insan yang mengucap kalimah Asyhadu Alla Ila Ha IllaAllah adalah insan yang WAJIB berdakwah kepada golongan seperti Mikaeel ini. Berusahalah untuk berdakwah demi Islam. Islam tidak perlu dijaga tetapi kita harus menjaga amalan sebagai muslim sejati.
Wallahua'lam!

Badrulhisyam said...

Pada baru-baru ini,Mikael@Micheal Jackcon meninggal dunia di kediamannya.dan selepas di siasat,sah menunjukkan Michael Jackson telah memeluk Islam...Semoga Allah melimpahi rahmat kepada saudara baru kita ini..Al-Fatihah...