''Ana dah tukar sim card?''jawab Umar bersahaja.
''Kenapa tak inform?''
''Ana nak rahsiakan nombor ana,'' Umar tak berselindung.
''Kenapa ni Umar?''hairan Banna dibuatnya.
''Ntah?!Bosan?''getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
''Bosan? Bosan dengan apa?''
''Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya smart group. Tolonglah?ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da'wah, tarbiyyah?ahh, meluat!''terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh?biarkan?biarkan?dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
''Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?'' Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
''Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu?.. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,'' Banna menyambung lagi,
''Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?''
''Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,'' jiwa Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
''Umar, jangan cubalari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini.Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?'' Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh?.bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
''Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,'' jiwa Umar terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
''Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr Azmin,''
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
''Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni?'' Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
''Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,'' Banna bangun beredar. Umar membalas salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot?)hati Banna cubaberbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah?.)hati Banna berbisik. Dia mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
''Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
''Kertas apa tu?'' Banna menjeling.
''Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
''Lelaki ke?''
''Kalau perempuan, Maziah tak kanbuat macam ni, bang?''
''Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,''nasihat seorang abang.
''Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah?Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kanbang?!''
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
''Mmm.Sama-samalah kita berdoa?.'' Banna mengangguk setuju.
''Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,'' bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
''A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,'' tambah Joe.
''Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.
''Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pak we dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
''Siapa?''
''Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,''
''Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit?''
''Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,''
''Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.
''Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''
''Malam ni? Kenapa lambat sangat?sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,''
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
''Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?''
''Hanif mana ni bang?''
''Alah, Hanif?kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi agamanya, insyallah.''
''Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?'' Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang engenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
''Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang.,''
''Maziah ingat?.zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kanabang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,''
''Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?''
''Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,''
''Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah?.''
Tiba-tiba?..
''Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii?''laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cubamenjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
''Fathil?dengar sini?''
''Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan?.''
''Fathil?'' Banna cubabersuara lagi. Terhalang.
''Sudahlah?.tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,'' Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
''Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,''
''Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,'' luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
''Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?'' Maziah mengangguk.
''Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da'wah bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
''Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
''Insyallah, bang! Err, abang?dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!'' Tanya Maziah.
''Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
''Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da'wah?). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
''Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da'wah,''
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
''Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
''Aku bengang betul lah!''
''Bengang apa?''
''Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?''
''Orang dah ada pak we, cari lain je?.''
''Huh, tak semudah tu! Ni Fathil?dia belum kenal lagi siapa Fathil!''
''Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.
''Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,''
''Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.
''Bodoh! Belasah pak we dia lah?''
''Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''
''Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ''
''Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
'' Kau tahu apa Umar?! Tu lah?asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmaradepan mata kau?''
Umar akhirnya mengalah.
''Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,'' Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia
menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau Banna? Ah?kasihan kau!) kesal hati Umar.
''Cis, mampuslah korang berdua!'' Fathil meradang melihat drama itu lalu cubamenyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.
''Woii!!'' seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
''Woii. Korang gaduh ye?''
''Tak, kami berlatih taekwando!'' Fathil berdalih.
''Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?'' Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.
''A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,'' tambah Joe.
''Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang yang berlatih sampai berdarah cam ni,'' Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.
''Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,'' Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
''Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!'' Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
''Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?'' api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
''Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?'' Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.
''Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!''
Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
''Fathil, awak salah faham..'' Banna bersuara, cubamenjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.
''Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau,''
''Bodoh! Memang kau salah faham?'' Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
''Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri?'' Fathil menguatkan kenyataannya.
''Aku pun tengok!'' tambah Joe.
''Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!'' Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya.
(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sanalagi sekali.
''Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
''Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
''Banna, cedera nta teruk ke?''
''Sikit je,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
''Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''
''Lupakanlah?.. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni,''
'' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.
''Tak per, Umar. Lupakan? Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!'' Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
''Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Adamesej yang diterima.
No comments:
Post a Comment