Thursday, March 27, 2008

HATIKU MILIKMU 3- Fatimah Syarha

Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang?.luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
''Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,''
''Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,' balas Banna. Mengharap.
****************************************************
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cubamemasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
''Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir.
''Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kansayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang,''Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana-sini kerana cubamenggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.
''Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,''
''Tunjuk apa?''
''Abang kena janji takkan marah?''
''Kenapa abang nak marah pulak?''
''Janjilah dulu sayang?''
''Okey,abang janji takkan marah Fika,''
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
''Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?''
Gurlp! ''Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.
''Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.
''Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!''
''Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang?'' Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya
dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
''Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,''ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.
''Gurlp! Diorang?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ.


Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia
menyangka Umar sedang berlawak untuknya.

''Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!'' Fika mencubit paha Umar.

''Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.

''Tapi?ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,''

''Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.

''Jom balik!'' Umar mengajak pulang.

''Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!''wajah Fika penuh keliru.

''Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!''

''Abang nak balik?'' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.

''Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.

Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cubamenyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka
selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi.

(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)


''Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan. Suaranya sebak.

''Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.

''Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.

''Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!'' luah Umar penuh kesalan.

''Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar?.kembali bersama kami,'' Banna memujuk.

''Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,'' lembut kata-kata Hizbi.

''Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.

Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan tarbiyyah.

''Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padangmahsyar nanti,'' Umar betul-betul menyesal.

''Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita
hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang,'' Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.

(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua?Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cubalari darinya
itulah yang menjadikan korang sebaik ini?)

*************************************************************

''Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah? Bertuah nti kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah,'' Asiah Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum berumah-tangga.

''Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang
tarbiyyah dan da'wah,'' tambah Maziah. ''Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,'' Asiah Yusro bersuara kesal.

''Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,'' Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.

''Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu
akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,'' Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.

'' Tapi, tak semua sahabat begitu?nak tak nak, kita kena baik sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina baitul da'wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da'wah. Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul da'wah,'' Asiah Yusro berbaik sangka.

''Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah?'' Asiah Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.

''Astargfirullah! Lagho ana nanti?'' Maziah membulatkan mata.

''Maaf, ana gurau je..'' Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram diusik. Dia berfikir sesuatu,

''Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,'' Maziah pula yang mengusik.

''Ish, tak de lah. Siapalah ana?.'' Asiah Yusro merendah diri.

''Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti menolaknya,'' Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.

(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)

''Mana nti tahu?'' dia terkejut bila rahsianya terbongkar.

''Umi nti kankawan baik umi ana. Umi nti yang cerita?.


Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,''Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.



Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam
universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan da'wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.

(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang?masihkah dia setia menantiku? Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kantanya Dr.Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul da'wah idaman bersamanya?) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar.

Maziah menyergahnya.

''Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di kalangan sahabat,'' Maziah mengusik. Dia
pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap
teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat
hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.



"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenalidulu,'' Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama denganmesej dan panggilan daripada gadis itu.
''Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,''
''Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika?Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?'' terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.
''Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?''
Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.
''Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan
perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,''
''Abang, bimbinglah Fika,''terus merayu.
''Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin
setiap Ahad malam di department abang,''
*********************************************************
''Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia,'' Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi Banna di biliknya.
''Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita tentang masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang. Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas'ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,''. Smart group minggu ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.
''Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini,'' Syamil berhujah matang.
''Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?'' Faizi menduga.
''Sebenarnya, ana dah cubatackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
''Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui.
Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cubalagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya,'' Banna menasihatkan.
''Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.'' Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.
''Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.
''Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,'' Syamil tak lupa memainkan peranannya.
''Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
''Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.
''Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah
daripada zuriat kami,'' mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
''Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?'' Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.
''Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?'' Masing-masing terdiam.
''Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah?.. Adayang sanggup?''
''Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
''Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kanterselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?'' Dr Azmin membuka minda mereka.
''Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi?'' Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
''Teruskan Hanif?.'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
''Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak
percaya bila ana kena jadi suaminya,'' Hanif mengkritik tanpa berselindung.

No comments: