Friday, May 16, 2008

BUAT SAUDARA ISLAMKU

Assalamualaikum W.B.T,

Apa yang sudah berlaku dengan orang Islam sekarang?Bagi saya, memang benar kenyataan sesetengah pihak tentang sikap orang Islam sekarang tidak mengikut atur cara Islam sebenar. Saya sudah banyak menerima sms yang bagi saya, menyusahkan hidup kita sendiri dan orang lain. Dulu,saya menerima mesej dari kawan lama saya yang menyuruh saya menukar perkhidmatan telefon bimbit Maxis kepada Celcom(waktu ketika itu Digi belum popular).Alasannya mudah, pemilik Maxis(tak perlu diberitahu namanya dan anda sudah mengetahuinya) menggunakan duit Maxis untuk disumbang kepada gereja. Ramai rakan-rakan saya beralih kepada Celcom.Haa..begitu kelakar. Mana tidaknya,memang kita dah sedia maklum yang pemilik Maxis itu adalah orang Kristian. Yang tiba-tiba pelik bila dia bagi kat gereja apa pasal?Takkan tiba-tiba nak suruh dia bagi kat masjid. Klau dia bagi kat masjid pun,sudah tentu ada sms baru pulak memburukkan dia-saya pasti. Sejurus saya menerima mesej itu,saya terus bertanyakan kepada ustaz.Menurutnya, kalau nak sentuh isu halal atau haram ni memang tak sudah kalau sibuk cari salahnya. Memang diakui yang pemilik Maxis adalah Kristian dan kita belum ada lagi perkhidmatan yang betul-betul @ sepenuhnya dimiliki oleh Islam. Kalau ada,kita wajib tukar kepada perkhidmatan tersebut. Ustaz saya dengan nada berseloroh berkata,"Kalau tiba-tiba ada perkhidmatan Hizbullah ke (Islam) selain Maxis, kita wajib tukar kalau ia untuk menghidupkan agama Allah".Sekarang nih setahu saya, Maxis pun mempunyai ruangan Islamik. So,apa kata kita guna sebaiknya.Jangan duduk cari keburukan je.

Bercakap mengenai keburukan ni,saya juga ada menerima ,mesej mengenai isu murtad Datuk Azhar Mansur. Senang-senang je mereka menuduh Datuk Azhar Mansur murtad. Cuba anda bayangkan jika anda ditempat beliau, baru je balik dari mengharumkan nama Malaysia terus kena tuduh macam-macam. Saya pun tidak tahu mana yang betul @ yang salah. Cuma apa yang boleh saya cakap,saya belum dengar pengakuan @ bukti-bukti jelas dari Datuk Azhar Mansur sendiri. Ada yang memberitahu bahawa mereka pernah terbaca petikan dari orang luar negara menyatakan Datuk Azhar Mansur memang bukan seorang Muslim.Tapi, sebagai manusia yang berfikiran waras, fikirlah sebaiknya. Kita sendiri pun boleh membuat penyataan tersebut untuk sengaja mengadakan cerita. Jadi, buat apa yang duduk sibuk sebarkan berita tanpa bukti ini. Pepatah negara China ada mengatakan "orang yang bijak adalah orang yang menerima berita yang belum pasti kebenarannya dan dia tidak akan menyebarkannya". Saya ada terbaca post yang dihantar oleh saudara Datuk Azhar Mansur berbunyi "Aku malu la baca jawapan ramai orang Melayu kat sini. Senang senang jer bawak fitnah. Aku rasa kalau aku la, seorang yang dikenali (macam dato azhar) dipanggil murtad dan digemburkan dalam media.. aku mesti bengang gila. Dah lah tu, cuba ko bayangkan, dalam keadaan ni orang kerumun bawak microphon suruh ko mengucap. Pada aku tu macam menghina.Aku sedara Dato Azhar. Haritu sembahyang Jumaat sekali dengan dia. ENOUGH LA! Bangsat punya melayu… Ko punya fitnah, baik aku panggil korang yang MURTAD!"(p/s: penulis menggunakan perkataan Melayu dan saya assume Melayu itu orang beragama Islam).Hah...bayangkan pula berita murtad ini terkena pada saudara anda.Apala yang nak jadi dengan diri kita ni yang kerdil lagi hina. Cepat nampak keburukan orang tapi bukan nak tentukan kepastian terlebih dahulu. Semua orang yang ingin berbakti akan timbul fitnah yang tak tentu hala. Baru-baru ini Sheikh Muszaphar Shukor Mustapha Angkasawan Malaysia Pertama pula jadi mangsa. Ada yang mengatakan beliau seorang gay. Nasib baik berita ini tak sempat tersebar habis selepas Sheikh Muszaphar Shukor Mustapha menyatakan yang hatinya dimiliki seseorang yang bernama wanita (bukan lelaki). Kenapa semua ni boleh terjadi?Mungkin kerana hasad dengki yang tidak boleh lari dari diri kita ni sudah menjadi darah daging.Wallahualam. Tapi kita kena beringat yang kerajaan Islam suatu ketika dulu pun pernah jatuh kerana hasad dengki yang ada dalam diri mereka. Kenapa kita tidak ambil pengajaran dari sejarah yang lepas.

Tidak perlu untuk kita sibuk menyebarkan berita-berita yang belum tentu lagi kesahihannya sedangkan orang kafir yang sibuk mencari peluang menjatuhkan orang Islam ketawa melihat propaganda yang kita reka sendiri. Cubalah kita lihat apa yang orang kafir lakukan sekarang yang SUDAH TERBUKTI KESAHIHANNYA. Begitu banyak agenda mereka. Sebelum ini wajah karikatur Nabi Muhammad S.A.W telah di edarkan oleh orang berkerakyatan Denmark dan yang terbaru filem Fitna dari Belanda yang menghina kesucian Kalam Allah, Al-Quran. Apa yang kita telah lakukan?Boikot?Berapa ramai la sangat. Tidak pernah @ jarang kita lihat rakan-rakan kita bersembang lama mengenai isu ini. Di bumi Palestin, Israel bermaharajalela membunuh orang-orang Islam dan adakah kita peka dengan berita seumpama ini. Agenda yang mereka bawa sekarang jelas memperlihatkan dendam mereka kepada agama Allah ini. Jangan dipersoalkan apa yang boleh kita buat dan jangan menyempitkan pemikiran kita dalam hal seumpama ini. Agama Islam telah dihina dan kita seharusnya berjihad menentang musuh-musuh Islam. Apabila kita dengar perkataan jihad, janganlah disempitkan jihad hanya dengan peperangan. Andai kita tidak mampu, buatlah sesuatu yang menunjukkan kuasa penentangan kita kepada mereka yang menghina agama Islam ini sebagai contoh memboikot barangan mereka yang kita rasakan tidak terlalu bergantung kepada barang tersebut. Barangan yang diboikot pula seharusnya mempunyai barang gantian yang boleh kita guna. Tidak lah memboikot tak tentu hala. Ada dikalangan Islam diluar sana berusaha menunjukkan bantahan mereka. Sewaktu karikatur Nabi Muhammad S.A.W di sebarkan,ramai hackers Islam di luar sana yang cuba menggodam dan merosakkan laman web Denmark sebagai tanda protes mereka. Saya tidak menyatakan yang tindakan mereka itu betul@tidak,cuma cuba kita lihat sensitiviti mereka apabila nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W dihina.Ramai orang bukan Islam memandang serong agama kita dan seharusnya menidakkan tanggapan tersebut bukannya berdiam diri sepanjang masa.Semoga coretan saya ini menguis sedikit perasaan dan tingkahlaku kita sebagai seorang Muslim di dalam suasana dunia sekarang yang tidak lari dari seribu satu enigma yang belum terungkap.Wallahualam.

No comments: