Salam buat sahabat-sahabatku. .
Rasulullah larang pakai gelang tangan bagi kaum lelaki walaupun untuk tujuan
perubatan
Antara perkara yang dilupakan oleh orang Islam hari ini bagi memperkasa jati
dirinya ialah dengan memperdalami ilmu-ilmu fardu 'ain dan mengetahui
perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan
pegangan dan hubungan mereka kepada Allah SWT.
Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah dalam al-Quran, antaranya
menerusi ayat 120 surah al-Baqarah maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan reda kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut
agama mereka".
Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya : "Kamu
akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas
orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka ".
Justeru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memperdalami ilmu-ilmu agama
boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan,
cara hidup orang-orang Kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam juga
terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan, sebagai contoh mereka
mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk
gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai
satu kaedah perubatan terkini, sedangkan banyak cara atau kaedah lain yang
boleh berbuat demikian, tapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk
dipakai oleh lelaki muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh
musuh agar kaum muslim dilaknat oleh Allah, apabila dilaknat sudah tentu
mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh
mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah
ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya daripada
'Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan
tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka
baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini? (iaitu yang
dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia
adalah gelang perubatan, tegas baginda Rasulullah : Sesungguhnya benda itu
(gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan
perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati
dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat)
selama-lamanya. Hadis Sohih yang ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam
musnadnya.
Pakai gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula
pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada
kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat oleh orang yang baru balik Mekah.
Aku pun dulu pernah pakainya masa kecil-kecil.
Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada Jemaaah haji apabila
berada di tanah suci kerana faktor mudah untuk dikenali kalau-kalau berlaku
apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk
dikenali. Ohh.. ini Jemaah Haji Malaysia, sebab ada gelang.
Yang peliknya Pak-pak Haji yang lelaki ni bila balik ke Malaysia tak mau
cabut buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau masjid.
Kalau orang tua tunjuk contoh begitu, bila orang muda pakai janganlah hentam
orang muda sahaja.
*Jenis-jenis gelang yang haram bagi lelaki:*
1- Gelang Kayu Koka
2- Gelang Kristal
3- Gelang Tasbih
4- Gelang Getah plastik
5- Gelang Besi magnetik
6- Gelang Besi Tabung Haji (bila dah sampai Malaysia) dan gelang-gelang lain
yang bila dilihat orang, orang ramai kata ianya gelang, hatta budak kecil
pun kata gelang.
1- Gelang pesakit semasa di hospital. Ia ditanda nama pesakit dan wad.
2- Gelang penjenayah/pesalah. Ianya dipakaikan oleh pihak polis bila
tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha jadikan
dirinya salah satu daripada 3 golongan yg diharuskan di atas
(dari apa yang diterangkan di atas, dapatlah hendaknya kita berhati-hati dalam mengikut trend-trend yang wujud pada zaman sekarang dan yang pasti kebanyakan trend tersebut datang dari budaya Barat. Bermacam-macam cara yang boleh mereka gunakan supaya budaya mereka dapat meresap masuk ke dalam jiwa orang Islam. Bukan semua budaya mereka tidak elok, cuma dengan adanya pegangan agama dalam diri kita, diharap dapat kita digunakan untuk menilai mana yang baik mana yang tidak. Tepuk dada, tanya iman.Klau tanya selera(nafsu), habislah jawabnya. Perlu diingatkan juga bahawa mereka(orang-orang kafir) telah lama mempunyai agenda untuk menghina Islam dan sekarang mereka cuba meresapi jiwa remaja Islam dengan budaya mereka yang semata-mata untuk mengubah persepsi dan tingkahlaku remaja Islam jauh dari panduan Islam sebenar. Sebagai contoh ringkas,mereka mempromosikan perpaduan (yang kita lihat sebagai satu kebaikan) dengan mengedar gelang perpaduan(Unity Band) kepada remaja Islam. Agendanya yang tersirat adalh disamping mempromosikan perpaduan, mereka ingin menerapkan budaya memakai gelang dikalangan remaja Islam terutama remaja lelaki dan kita, dengan semudah-mudahnya menerima 'trend' tersebut.)
No comments:
Post a Comment